Thursday 8 November 2012

DAILY HADITH


عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ

صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-
Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).
Pokok Perbincangan Hadis :
1) Binaan Islam :
Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan
melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.
2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq
3) Matlamat Ibadat :
Syahadah - syarat diterima amalan lain.
Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.


Pengajaran hadis:
Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

FaHam 3 BelAjar 10







salam

cuaca di kaherah makin hari makin SEJUK..hal ini menyebabkan kemalasan untuk ke kelas semakin tinggi..hehe..walaupun sekarang ni takde kelas untuk sementara waktu..hati ku gelisah..haha..keihklasan aku untuk ke kelas bukanlah untuk dipertikaikan.

"sabda rasulullah s.a.w:Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan."-|riwayat abu Daud|-

bila aku terkenangkan hadis ni..aku rasa rugi pulak tak pergi kelas..ngee..tapi takpe..hidup kita ni adalah proses pembelajaran keseluruhannya..cuma ilmu yang kita dapat tu bermanfaat atau tidak untuk diri sendiri,agama,bangsa dan negara.

"dari abu said al-khudri r.a berkata:rasulullah s.a.w bersabda:orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehinggalah kesudahannya itu di dalam syurga."-|riwayat at-tarmizi|-

tapi kalau ilmu yang kita belajar tidak diamalkan samalah macam menulis pakai dakwat putih diatas kertas putih..ilmu yang kita pelajari tidak memberi kesan ke atas diri kita dan tidak memberi manfaat kepada orang lain.ilmu yang bermanfaat yang kita beri kepada seseorang akan menjadi sumber pahala yang berterusan bagi kita.

"dari abu hurairah r.a berkata:nabi s.a.w bersabda:apabila mati seorang anak adam akan terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber.pertama sedekah jariah.kedua ilmu yang memberi manfaat.ketiga anak soleh yang mendoakannya" -|riwayat muslim|-

mungkin ada orang fikir yang diri mereka sudah lambat untuk menuntut ilmu dan hanya berangan untuk mengubah masa lalu..kalau kita berjaya untuk mengubah masa lalu pun tetap tidak berguna kalau kita tetap dengan situasi kita pada masa sekarang..maksudnya kita masih ada peluang untuk mengubah situasi kita selagi kita bernafas.terus mengubah masa hadapan kita.sekian terima kasih.

SALAH FAHAM




salam

post kali ni aku mulakan dengan satu cerita..jadi tolong beri perhatiaan..

satu hari seorang bapa diambang maut memanggil kedua2 anaknya untuk menyampaikan wasiat terakhir..

wasiat pertama:jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan kamu.
wasiat kedua:jangan terkena cahaya matahari jika pergi ke tempat kerja.

bapa pun meninggal..beberapa tahun kemudian si ibu bertanya khabar anak2nya..

anak pertama:disebabkan saya mengikuti arahan bapak,saya kerugian kerana tak boleh meminta hutang dan terpaksa pergi kerja menaiki kereta walaupun dekat..belanja meningkat.

anak kedua:ayah pesan jangan menagih hutang jadi saya tidak memberi hutang kepada orang lain..dan saya ke pejabat sebelum matahari terbit..jadi saya tidak terkena cahaya matahari..

-|the end|-

ok cerita ni menceritakan bagaimana sebuah ayat boleh menghasilkan dua kefahaman yang berbeza..jika kita berfikir secara positive.segala kesulitan adalah batu loncatan untuk kita berjaya.jika kita mentafsirkan segala arahan adalah untuk membantu diri kita pasti kita beroleh kejayaan..pilihan ditangan anda

-|melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa|-

sekian terima kasih.