Thursday 8 November 2012

SALAH FAHAM




salam

post kali ni aku mulakan dengan satu cerita..jadi tolong beri perhatiaan..

satu hari seorang bapa diambang maut memanggil kedua2 anaknya untuk menyampaikan wasiat terakhir..

wasiat pertama:jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan kamu.
wasiat kedua:jangan terkena cahaya matahari jika pergi ke tempat kerja.

bapa pun meninggal..beberapa tahun kemudian si ibu bertanya khabar anak2nya..

anak pertama:disebabkan saya mengikuti arahan bapak,saya kerugian kerana tak boleh meminta hutang dan terpaksa pergi kerja menaiki kereta walaupun dekat..belanja meningkat.

anak kedua:ayah pesan jangan menagih hutang jadi saya tidak memberi hutang kepada orang lain..dan saya ke pejabat sebelum matahari terbit..jadi saya tidak terkena cahaya matahari..

-|the end|-

ok cerita ni menceritakan bagaimana sebuah ayat boleh menghasilkan dua kefahaman yang berbeza..jika kita berfikir secara positive.segala kesulitan adalah batu loncatan untuk kita berjaya.jika kita mentafsirkan segala arahan adalah untuk membantu diri kita pasti kita beroleh kejayaan..pilihan ditangan anda

-|melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa|-

sekian terima kasih.

No comments: