Thursday, 9 May 2013

BELAJAR NAHU BAHASA ARAB MUDAH

PEMBELAJARAN NAHU SOROF.. INSYAALAH SAYA AKAN TUNJUKKAN BAGAIMANA DAN MUDAHNYA KITA DALAM BELAJAR NAHU SOROF BAHASA ARAB,,TETAPI SAYA AKAN PERINCIKAN BAB NAHU DULU.,HARAP PENULISAN SAYA INI DAPAT MEMBANTU ANTUM SEMUA.

PENGENALAN:

Ilmu nahu adalah sebuah ilmu yang mulia yang mana digalakkan kepada orang ramai menuntutnya.Ilmu nahu juga memerlukan kita mengi'rab baris huruf dalam sesuatu kalimat dan ilmu nahu sebenarnya ilmu yang kita belajar apa yang berlaku diakhir huruf sesuatu  kalimat.

APA PENGERTIAN I'RAB DARI SUDUT ILMU NAHU 
  • Menentukan kedudukan baris di akhir dalam perkataan arab .
contoh > ففي قول الله تعلى :كَتَبَ رَبُّكُّمْ عَلَى نّفْسِهِ ألرحمة:الآنعام-45 
kalimah  رَ بُّكُّمْ  i'rabnya dengan  فاعل مرفوع و علامة رفعه الضمة الظهرة



ALAMAT I'RAB TERBAHAGI KEPADA DUA 

اربع علامت أصول: 


الضمة  في: -الاسم المفرد-جمع التكسير-جمع موءنث سالم-المضارع الذي لم يتصل بآخره شئ-
الفتحة في  : -الاسم المفرد-جمع التكسيرم-المضارع الذي لم يتصل بآخره شئ -

الكسرة في : -الاسم المفرد-جمع التكسي-جمع موءنث سالم -
السكون في : -المضارع الصحيح الاخر-


      سبع علامت فروع:


      اربعة حروف 

      لألف :في -رفع المثنى و نصب الأسماء الخمسة-

      الواو : في نوعين من الأسماء وهي -الأسماء خمسة , جمع مذكر سالم-
      الياء : في نصب نوعين -المثنى و جمع مذكر سالم- وفي جر ثلاثة آنواع -المثنى وجمع مذكر سالم و الأسماء خمسة- 
      النون : في رفع اأفعال-الأمثلة -الخمسة


      حراكتان

      الكسرة :في نصب جمع موءنث سالم.

      الفتحة :في جر الممنوع  من الصرف

      حذف


      حذف النون : في نصب و جزم الفعال الخمسة -حذف حرف العلة في جزم المضارع المعتل الأخر



      ALAMAT MU'RAB TERBAHAGI KEPADA DUA

      بعالامة آصلية ظاهرة و مقدرة 

      1:الاسم مفرد
      2:جمع التكسير
      3:جمع موءنث سالم في الرفع و جر
      4:المضارع الذي لم يتصل بآخره شئ 

      بعالمة فرعية

      1:الأسماء خمسة
      2:المثنى
      3:جمع مذكر سالم
      4:جمع موءنث سالم في حالة النصب
      5:الممنوع  من الصرف في  حالة جر
      6:اأفعال-الأمثلة -الخمسة
      7:المضارع معتل اخر في حالة الجزم


       TAKDIR BARIS I'RAB YANG ASLI TERBAHAGI KEPADA DUA

      في الاسم:

      1-ما تقدر عليه جميع الحركات 

      للتعذر- الاسم القصور
          مثل: جاء الفتى
               : رايت الفتى 
               : مررت بالفتى 

      للمناس- المضاف الى ياء المتكلم 
          مثل: جاء صاحبي 
               : رايت  صاحبي 
               : مررت بصاحبي 

      2- ما تقدر عليه الضمة و الكسرة وهو الاسم المنقوص
              مثل: جاء  القاضي
                : مررت بالقضي


      في الفعل: 

      1-ما تقدر فيه الضمة و الفتحة 

      -وهو الفعل المعتل الأخر بالألف

         مثل: يرضى الموءمن ولن بالقليل يرضى  بالذل

      2- ما تقدر عليه الضمة فقط -

       -وهو فعل معتل الأخر بالواو أو بالياء 
         مثل:يدعو و يقدي






      Tuesday, 7 May 2013

      KALAM TAZKIRAH


      REnungan sejenak bersama,Hayati lah.berfikir lah sejenak..Jadilah hambanya allah yg bersyukur,,BIla hati kita melihat dari dimensi akhirat.Insyaalah hati kita akan sentiasa mengingati allah. Ambil masa sekejap MENGHAYATI hadis ini.

      Dalam Hadis yang diriwatkan oleh Imam Muslim >>

      'Pada hari Akhirat kelak'allah bawa orang yang paling derita dalam dunia ini,kemudian allah ambil dia dan masukkan dia kedalam syurga walaupon sekejap kemudian allah keluarkan dia dari celupan itu kemudian bertanya kepada si fulan adakah kau pernah rasa derita hidup ini wahai si fulan?,maka jawab si fulan ak tidak pernah merasapon derita hidup.begitulah hanya sekejap di masukkan kedalam syurga si fulan itu sekelip mata lupa akan derita hidup,,'' kemudian allah ambil orang yang paling mendapat nikmat di dunia ini kemudian allah masukkan dia kedalam neraka walaupon sekejap kemudian allah keluarkan dia dari celupan itu dan kemudianya bertanya kpd si fulan ada kau pernah merasa nikmat di dalam dunia ini ? maka jawab si fulan ak tidak pernah merasa nikmat di dunia ini,begitulah apabila sekejap sahaja di campakkan ke dalam neraka manusia itu akn lupa segala kisah nikmat di dalam dunia ini.. ''

      wahai teman2 ingat lah nikmat kurnian tuhan..jadi lah hamba allah yg bersyukur.bukan kekayaan itu menjadi pengukur kepada kenikmatan kebahagian hidup .tetapi nikmat yang sebenar ialah hati yang lapang dan sentiasa merasa tenang ^_^ ..




      Bersyukur wahai rakan-rakan di kasihi sekalian..bergantunglah kita sepenuhnya kepada allah ..

      Tuesday, 26 March 2013

      Menjelang Pilihan Raya ke 13

      Tarikh keramat yg dinantikan oleh semua rakyat malaysia masih lagi menjadi misteri.. Macam misteri NUSANTARA la pulak.hehe.Nampaknya dato seri kita yaitu Najib Ibnu Razak masih merahsiakan tarikh tersebut.Mungkin ad Strategi dari Pihak Kerajaan untuk mengekalkan kuasanya di bumi Malaysia ini kerana sudah terang lagi bersuluh Pihak Pembangkang yang terdiri dari 3 kuasa besar yaitu pati PAS,PKR dan DAP kian menongkah arus bagi menawan Putrajaya dan Malaysia amnya yang sekian lamanya berada di bawah Pemerintahan Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO,MIC dan MCA..

      PERSOALANNYA.. ???

      1-Apakah nasib rakyat jelata yang majoritinya Melayu dan minoritinye Cina dan India.

      2-Apakah kesudahan politik di malaysia yg dicemari dgn pelbagai insiden yg bermacam-macam insiden.

      3-Apakah naseb orang Melayu selepas Pilihanraya yang ke-13 ni.

      4-Apakah harapan rakyat yang mahukan perubahan akan tercapai atau sebaliknya.

      5-Adakah BN dapat mengekalkan tampuk pemerintahan ataupon dirampas oleh pakatan rakyat.


      Banyak persoalan yg boleh dinyatakan namun yang paling jelas dan nyata ialah perang mulut di fb.twiter,blog2,surat khabat,media perdana, yang rata pertembungan sesama MELAYU VS MELAYU yang terus berkelahi dan tidak berpolitik secara Profisional,masing2 bertikam sesame bagi menegakkan kononnya keadilan yang hendak dicapai.tetapi secara jujur Perang mulut yg lebih ketara berbanding impaknya,

      sedar atau tidak kaum minoriti seperti India dan Cina terus bersaing secara profisional dan Nampak JELAS kejayaan mereka dalam menawan Malaysia Sedikit demi sedikit.Bukan kite hendak bersikap asobiahhh..TETAPI kita Perlu sedar yang kita tuan PUNYA tanah negara.mengapa orang lain yg terus menguasai hampir seluruh keperluan di negara ini.kesedaran kita masih lemah.terus bersikap JAGUH KAMPUNG,,menang SORAK kampung tergadai. Jadi PERSOALAN  UTAMA yang ingin saya utarakan di sini untuk kita same renungkan dan fikirkan ialah:

      PERSOALANYA?????????

      NASIB TUAN TANAH NEGARA INI DAN HAK KITA BAGI MENEGAKKAN ISLAM DAN KEADILAN ISLAM DI NEGARA KITA YANG TERCINTA INI ????

      fikir2 kan lah...

      jawab ar bila keluar mengundi.jawab dgn fikiran yang waras.jawab sebagai islam yg paling penting


      Saturday, 10 November 2012

      Ancaman syiah 2



      Kesesatan Syiah :

      1. Aqidah Syirik Dengan Allah
      Muhammad bin Yaaqub Al Kulayni meriwayatkan dalam Usul al-Kafi daripada Abi Abdillah dan berkata,
      “Sesungguhnya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam, dia boleh meletakkannya di mana dikehendakinya dan memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Itu adalah satu kebenaran daripadapihak Allah kepadanya 
      (‘al-Kafi J.1 Hal.409, Bab Dunia ini semuanya kepunyaan Imam).

      2. Aqidah bahawa Al-Quran tidak sempurna.
      Al-Quran yang ada dalam tangan umat Islam hari ini sudah diubah, di tokok tambah dan di selewengkan.

      3. Aqidah Al-lmamah dan Al-Walayah,
      iaitu kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah ma'sum(tidak buat dosa) serta wajib dita'ati.

      4. Aqidah Takfir al-Sahabah,
      Akidah yang mengkafirkan kebanyakan para sahabat dan menganggap mereka telah murtad setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w. kecuali beberapa sahabat sahaja.

      5. Aqidah al-Raj'ah,
      Aqidah dan kepercayaan Syiah bahwa imam mereka akan
      dibangkitkan sebelum qiamat untuk menuntut bela(membalas dendam) dan menghukum orang-orang yang kononnya zalim
      yang telah merampas hak-hak mereka yang dikatakan terdiri daripada kalangan sahabat dan ahli Sunnah.

      6. Perkahwinan mut'ah, 



      Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan
      perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini
      (Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)

      7. "Taqiyyah".
      Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka Al-Imam Asy-Syafie berkata, "Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".

      8. Menyifatkan Allah memiliki sifat al-Bada'
      Bererti jahil, tidak mempunyai ilmu yang meliputi atau cukup tentang suatu kejadian yang berlaku. Golongan Syiah
      mempercayai Allah bersifat dengan Al-Bada'.

      9. Mempercayai selain Syiah merupakan taraf yang hina.
      Al-Kulaini meriwayatkan dalam Al-Kafi bahawa "manusia semuanya adalah anak zina kecuali Syiah kita".

      “Mereke (Nasibi atau Ahli Sunnah) lebih jelek daripada anak zina,
      sesungguhnya Allah tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi.” (Haqq al-Yaqin, J.2 hal 536).

      At-Tusi meriwayatkan daripada Abu Abdillah, kata beliau “ambillah harta Nasibi di mana
      sahaja kamu temui dan keluarkanlah 1/5 daripada harta yang diambil itu kepada kami.”

      Thursday, 8 November 2012

      DAILY HADITH


      عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ

      صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
      رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
      ومسلم.


      Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku
      telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
      lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan
      Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,
      mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
      Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al-
      Iman) bab
      باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) ) hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab ( باب بيان
      أرآان الإسلام ودعائمه العظام) hadis nombor 16).
      Pokok Perbincangan Hadis :
      1) Binaan Islam :
      Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan
      melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.
      Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.
      2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :
      Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.
      Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
      Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
      Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
      Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq
      3) Matlamat Ibadat :
      Syahadah - syarat diterima amalan lain.
      Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
      Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
      Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
      segerakan.
      Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
      Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.


      Pengajaran hadis:
      Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam
      sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam
      seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
      setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
      kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
      keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

      FaHam 3 BelAjar 10







      salam

      cuaca di kaherah makin hari makin SEJUK..hal ini menyebabkan kemalasan untuk ke kelas semakin tinggi..hehe..walaupun sekarang ni takde kelas untuk sementara waktu..hati ku gelisah..haha..keihklasan aku untuk ke kelas bukanlah untuk dipertikaikan.

      "sabda rasulullah s.a.w:Sesiapa yg menempuh jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkanya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat akan menghamparkan sayapnya kepada penuntut ilmu kerana reda apa yang mereka lakukan."-|riwayat abu Daud|-

      bila aku terkenangkan hadis ni..aku rasa rugi pulak tak pergi kelas..ngee..tapi takpe..hidup kita ni adalah proses pembelajaran keseluruhannya..cuma ilmu yang kita dapat tu bermanfaat atau tidak untuk diri sendiri,agama,bangsa dan negara.

      "dari abu said al-khudri r.a berkata:rasulullah s.a.w bersabda:orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehinggalah kesudahannya itu di dalam syurga."-|riwayat at-tarmizi|-

      tapi kalau ilmu yang kita belajar tidak diamalkan samalah macam menulis pakai dakwat putih diatas kertas putih..ilmu yang kita pelajari tidak memberi kesan ke atas diri kita dan tidak memberi manfaat kepada orang lain.ilmu yang bermanfaat yang kita beri kepada seseorang akan menjadi sumber pahala yang berterusan bagi kita.

      "dari abu hurairah r.a berkata:nabi s.a.w bersabda:apabila mati seorang anak adam akan terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber.pertama sedekah jariah.kedua ilmu yang memberi manfaat.ketiga anak soleh yang mendoakannya" -|riwayat muslim|-

      mungkin ada orang fikir yang diri mereka sudah lambat untuk menuntut ilmu dan hanya berangan untuk mengubah masa lalu..kalau kita berjaya untuk mengubah masa lalu pun tetap tidak berguna kalau kita tetap dengan situasi kita pada masa sekarang..maksudnya kita masih ada peluang untuk mengubah situasi kita selagi kita bernafas.terus mengubah masa hadapan kita.sekian terima kasih.

      SALAH FAHAM




      salam

      post kali ni aku mulakan dengan satu cerita..jadi tolong beri perhatiaan..

      satu hari seorang bapa diambang maut memanggil kedua2 anaknya untuk menyampaikan wasiat terakhir..

      wasiat pertama:jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan kamu.
      wasiat kedua:jangan terkena cahaya matahari jika pergi ke tempat kerja.

      bapa pun meninggal..beberapa tahun kemudian si ibu bertanya khabar anak2nya..

      anak pertama:disebabkan saya mengikuti arahan bapak,saya kerugian kerana tak boleh meminta hutang dan terpaksa pergi kerja menaiki kereta walaupun dekat..belanja meningkat.

      anak kedua:ayah pesan jangan menagih hutang jadi saya tidak memberi hutang kepada orang lain..dan saya ke pejabat sebelum matahari terbit..jadi saya tidak terkena cahaya matahari..

      -|the end|-

      ok cerita ni menceritakan bagaimana sebuah ayat boleh menghasilkan dua kefahaman yang berbeza..jika kita berfikir secara positive.segala kesulitan adalah batu loncatan untuk kita berjaya.jika kita mentafsirkan segala arahan adalah untuk membantu diri kita pasti kita beroleh kejayaan..pilihan ditangan anda

      -|melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa|-

      sekian terima kasih.